Friday, May 1, 2015

Catur - Permainan Perang yang Abstrak

Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri" menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di Chinashogi di Jepunjanggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap dirinya sendiri.

INGIN MERASAI PENGALAMAN SEOLAH-OLAH BERTARUNG DI MEDAN PERANG DENGAN MENGGUNAKAN MINDA??.. 
DAFTAR SEKARANG SEBELUM 23 MEI 2015!!!.

SUMBER WIKIPEDIA


No comments:

Post a Comment