Monday, May 25, 2015

See you again

Alhamdulillah selesai sudah program REVOC CHESS GENIUS 2015 sempena Festival Belia Putrajaya 2015. Sejuta penghargaan kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program pertama yang dianjurkan oleh team REVOC CHESS GENIUS 2015. Terima kasih kepada pihak Cerdik Catur Ent. yang sudi bekerjasama dengan pihak kami untuk menambahkan lagi kemeriahan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak Syarikat Permainan Malaysia(SPM) yang sudi menaja hadiah-hadiah bagi program ini. Kami tidak menjangka bahawa penyertaaan seramai ini. Masih ada juga peserta yang mendaftar pada hari kejadian. Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang menyertai REVOC CHESS GENIUS 2015. Tanpa kerjasama daripada anda semua, maka tidak meriahlah program ini. Akhir kata, terima kasih kepada anda semua kerana mempercayai kami dalam menganjurkan program ini. Pihak kami meminta maaf jika ada yang terkurang semasa program ini berlangsung. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari. Moga kita bertemu lagi pada masa akan datang.

"Life is like a game of chess and make mistake and you can't redo it".


No comments:

Post a Comment